Mee Konjac Shirataki Ketomee - Rendah Karbohidrat

 

"Boleh ke Penderita Kencing Manis Makan Mee?"

"Nak Kurus Tapi Nak Makan Mee.  Boleh Ke?"

"Nak Sihat Tapi Suka Sangat Mee.  Boleh Makan Ke?"

 

 

 

Ketomee adalah mee instant yang diperbuat daripada akar Konjac, tanaman yang berasal daripada Asia Timur.  Akar Konjac biasa juga dikenali dengan sebutan Shirataki dalam bahasa Jepun.

Orang Jepun telah mengkonsumsi makanan yang diperbuat daripada Konjac semenjak 1,500 tahun yang lalu.  Sebahagian orang Malaysia pernah memakan konjac atau shirataki dalam bentuk Konyaku Jelly.

Konjac atau Shirataki memiliki kandungan Glucomannan yang sangat tinggi.  Glucomannan sangat berkhasiat untuk membantu penghadaman dalam perut dan memberikan rasa kenyang yang lebih lama sehingga boleh menggalakkan penurunan berat badan. Anda boleh mengamalkan pemakanan Konjac atau Shirataki untuk menjadi kurus secara sihat.

 

Glucomannan juga berkhasiat untuk mengawal gula darah sehingga ianya sangat sesuai untuk penderita kencing manis.

US National Library of Medicine mensyorkan pemakanan Glocomannan kerana ianya sangat berkesan untuk menurunkan kadar kolesterol dan triglycerides.

 

Konjac atau Shirataki memiliki kadar karbohidrat dan glycemic indeks yang sangat rendah sehingga ianya sangat sesuai untuk anda yang mengamalkan diet Keto, diet Atkins, diet Rendah Karbohidrat dan penderita penyakit kencing manis yang harus menghadkan pemasukan gula dalam badan.

 

European Food Safetly Authority mengesahkan bahawa glucomannan dapat menurunkan berat badan dan menurunkan kadar kolesterol dalam badan.

 

Sewaktu saya masih muda, saya tidak pernah kisah pasal pemakanan dan kesihatan saya.  Tak kisah lah nak sihat atau tak sihat, yang penting sedap dan murah.

 

Semakin berumur, semakin banyak kawan saya yang menjadi gemuk dan memiliki penyakit kencing manis (diabetes).  Banyak juga kawan yang terlalu gemuk sehingga terkena penyakit jantung. Saya kehilangan beberapa kawan yang meninggal dunia disebabkan penyakit jantung dan kencing manis.

 

Setelah beberapa kawan saya meninggal, saya pun bermula memberikan perhatian lebih terhadap kesihatan dan pemakanan saya.  Saya berusaha makan secara sihat.

 

Saya memang takut terkena penyakit kencing manis dan jantung kerana saya mempunyai 2 orang anak yang masih memerlukan kasih sayang dan perhatian saya.  Tak boleh terbayangkan apa yang akan terjadi seandainya saya jatuh sakit dan harus meninggalkan mereka.
 

 

Pada awalnya saya ingat makan sihat itu tawar dan tak sedap. Banyak orang cakap bahawa saya harus makan salad hari hari supaya sihat dan kurus. Alamak... susahnya hidup saya kalau hari hari kena makan salad.

Tetapi setelah bertahun tahun mencuba berbagai resipi, akhirnya saya menemukan banyak resipi makanan sihat yang sedap.

 

Walaupun saya dah makan sihat, rasa cinta dan rindu saya kepada mee tetap kekal dan tidak berubah. Sering sangat saya macam orang mengidam nak makan mee.

Kerana cinta saya kepada mee, saya pun sanggup mencari dan belajar bagaimana caranya supaya saya boleh makan mee tanpa menaikkan paras gula darah dan menambah berat badan saya.

 

Alhamdulillah, akhirnya saya menemukan mee rendah karbohidrat yang sihat.  Mee tersebut diperbuat daripada akar Konjac atau Shirataki dalam bahasa Jepun.  Ternyata orang Jepun dah makan konjac atau shirataki ini lebih daripada 1,500 tahun..!! Kita pulak baru tahu. 

 

Sewaktu pertama kali saya membeli Konjac Shirataki mee, saya cuba masak Char Kuey Teow. 

Wuiiih terkejut saya... ternyata Char Kuey Teow pakai konjac shirataki mee sedap sangat kerana tidak melekit dan tidak menjadi lembek. 

Memanglah tekstur dia lain dengan kuey teow biasa tapi bolehlah mengubati kerinduan saya makan kuey teow.

 

Berbeza dengan mee dan kuey teow biasa, tekstur Konjac Shirataki mee sangat kenyal dan tidak menjadi lembek meskipun dimasak lama. 

Kemudian saya cuba membeli konjac shirataki pasta dan masak Fettuccine Carbonara. Hasilnya memang ok. Pasta saya "al-dente" dan tidak menggumpal.

Semenjak itu saya selalu menggunakan konjac shirataki mee atau pasta untuk menggantikan mee dan pasta biasa. Happy betul dapat makan mee dan pasta yang sihat.

 

Setelah setahun saya makan konjac shirataki mee dan pasta, saya pun memutuskan untuk membawanya ke Malaysia dalam jumlah banyak.  Saya ingin orang Malaysia boleh makan mee goreng lezat tanpa menjejaskan kesihatannya.

Di situlah Ketomee terwujud.

 

Dengan Ketomee saya boleh makan mee goreng pedas sedap dan pasta carbonara tanpa was was takut gemuk.

Sedap dan sihat, itulah yang saya suka. 

Kalau boleh makan char kuey teow sedap, mee goreng lazat dan pasta carbonara yang sihat, tolonglah jangan suruh saya makan salad hari hari.